SAYANGI BUMI KITA

Salam sejahtera semua, penah tak dengar 'PENCINTA ALAM'...ahaaa..ianya adalah semakna dengan tajuk yang ingin saya bincangkan di sini. Perlukah kita semua menjadi Pencinta Alam? Pada saya ia adalah tugas dan tanggungjawab semua orang. Apatah lagi hidup di dunia serba batu ini. Mungkin kita tidak begitu sedar bahawa bumi kita ini sudah sangat terancam. Buktinya ialah banjir kilat yang kerap berlaku, bukan di negara kita ajer tetapi di serata dunia. Salji pula turun terlampau. Ada kawasan-kawasan tertentu mengalami kemarau berpanjangan. Hujan turun tiada lagi bermusim. Tragik bukan?

Bagaimana nak jadi Pencinta Alam ni? Yang penting sekali dalam diri mesti kena ada perasaan sayangkan alam sekitar. Apa pula alam sekitar? Alam sekitar tidak hanya pokok-pokok sahaja tetapi termasuk semua kehidupan dan persekitaran kita. Jika kita ada itu kita adalah sebahagian daripada Pencinta Alam. Mana pula sebahagian lagi? Ianya akan tercapai melalui perlaksanaannya.

Antara perkara yang dapat membantu kita memelihara alam sekitar ialah:

  1. Kitar semula - mana-mana barang yang boleh dikitar semula maka kitarlah ia...ini aalah antara yang sedang saya praktiskan. Kalau barang tu tidak lagi kita guna dalam rumah kita, jual bagi orang lain pula guna..huhuhu....
  2. Kurangkan penggunaan elektrik di dalam rumah. Sebagai contoh gunalah matahari di siang hari dan lampu hanya dibuka diwaktu malam. Kurangkan penggunaan penghawa dingin yang menyumbang kepada pengeluaran gas-gas yang boleh menipiskan lapisan ozon. Ini pula saya suka, sebab tu rumah saya memang akan terbuka luas di siang hari, langsir pun jarang untuk membenarnya cahaya dan udara menembusi ruangan dalaman...jimat bukan....jangan tak percaya, saya tidak lagi tidur malam di dalam bilik berhawa dingin...sihat bukan?
  3. Tanam pokok di mana boleh..saya memang sukakan kehijauan, malangnya laman rumah kecik saja, tapi tak pa 'better than none'...ada lah seketui dua pasu bunga...
  4. Guna bulb atau mentol, energy safe - part ini en.hubby memang cekap, biar mahal sket tetapi long term memang ekonomi.
  5. Pastikan tayar kereta angin cukup sebab dia dapat mengurangkan penggunaan petrol - ini kerja encik hubby saya untuk inspection kereta segala.
Banyak lagi sebenarnya yang boleh kita amalkan, yang di atas tu adalah amalan kami sekeluarga...akhir kata sayangilah bumi kita...

***Tidak susah pon untuk menjadi Pencinta Alam ini.

Comments

Nazz said…
Katakan tidak pada bekas makanan polistrine....

Popular posts from this blog

Akhirnya..jadi juga kailan goreng ala chinese ni...

Pediasure susu pilihan

My Baby Boy is Sick