RUTIN

Assalammualaikum,

Alhamdulillah,dah hampir seminggu anak-anak ke sekolah, semuanya berjalan dengan lancar. Abang Danish nampaknya semangat nak masuk darjah dua. Kali ini dia masuk ke 2 Abqory. Seronok katanya dah jumpa semula kawan-kawan yang lama dia tak jumpa selepas cuti sebulan tu.

Daddy macam biasa, tak boleh lengah-lengah lagi, tepat jam 7.15 kena ready to send Danish to school. Kalau lambat dia kena beratur untuk asmaul husna kat luar dewan.

Alkisah mummy memang penuh dengan aktiviti bila danish mula semua sekolahnya. Macam biasa sebelum esok kena ready siap-siap, baju, seluar, segalan bagai keperluan dialah. La ni pagi-pagi dah mula lapar jadi atas meja makan tu penuhlah dengan pelbagai jenis perasa roti..hahahahaha..breakfast segera, memang tak dan lah mummy nak masak-masak waktu pagi ni. Selesai Abang Danish ke sekolah, kena siapkan Sarah Nuha dan Ahmad Darwish ke Taska. Mujur ke taska yang sama. Seperti biasa segala persiapan dibuat pada malam sebelumnya. Bila selesai semuanya, mummy baru masuk office. Petang pula mula putaran mengambil mereka dari sek. Mula ke seksyen 13, then pusing ke seksyen 7 then baru ke rumah, masuk rumah letak je barang, masuk semua baju dalam mesin, basuh terus, then start masak, pastu siapkan budak budak tu mandi sumer. Pastu ready for dinner. Selesai sumer sidai baju dan lipat baju. Siapkan untuk esok plak...pastu baru leh tidor.....tu dia.. begitula kiranya rutin hidupku....

*** terasa macam superwoman pon ada..huhu

Comments

indah.com said…
rajinnya mummy. begitulah kalau nak jadi ibu yg baik, kena byk berkorban
emma marini said…
Mekasih...alhamdulillah dikurniakan kesihatan yang baik untuk menjaga mereka dengan sempurna

Popular posts from this blog

Akhirnya..jadi juga kailan goreng ala chinese ni...

Pediasure susu pilihan

My Baby Boy is Sick