Mengejar Impian

Assalammualaikum, hari ni merupakan hari pertama semester January-April 2011. Alhamdulillah selangkah lagi kita dizinkankan untuk hidup di dunia ini bersama harapan dan impian membara. Tahun ini merupakan tahun ketiga saya di sini. Syukur kepadaNYA kerana sesungguhnya saya bahagia di sini bersama teman dan pelajar-pelajar yang sangat menyokong kerjaya saya. InsyaAllah sokongan dan bimbingan kalian akan mendapat habuan yang baik dariNYA.

Tahun ini saya punya harapan dan impian seperti kalian juga.
1. Menambahkan amal-ibadah kepadaNYA.
2. Saya ingin meningkatkan tahap pengajaran dan penyeliaan saya ke tahap yang lebih baik lagi.
3. Saya akan sebaiknya menyiapkan penyelidikan saya mengikut jadual yang telah dirancang.
4. Saya akan menurunkan kilo-kilo ini sebanyak mungkin.

Mengejar impian diatas adalah satu cabaran yang besar tapi ianya tidak mustahil bukan. Apa pula impian kalian?

Comments

Popular posts from this blog

Akhirnya..jadi juga kailan goreng ala chinese ni...

Pediasure susu pilihan

My Baby Boy is Sick