APA ADA PADA NAMA

Ada orang sangat sensitive bila namanya dipanggil secara tidak betul, ada orang tak kisah pun, anda pula bagaimana? Nama sebenarnya mencerminkan peribadi seseorang. Sebab itu di dalam Islam harus menamakan anak dengan nama yang baik-baik dan mempunyai maksud yang baik kerana nama ini juga yang akan dipanggil di akhir zaman nanti.

Kalau zaman dulu-dulu, nama itu seindah rupa, orang tua-tua lebih gemar menamakan anak-anak mereka dengan nama-nama bunga seperti, Delima, Chempaka, Melur dan sebagainya kerana bunga itu cantik dan harum melambangkan sesuatu yang baik juga. Namun begitu ada juga nama-nama seperti Burok (reflective kepada cantik), Ahad, Isnin Selasa, Rabu, Khamis dan Jummaat pun ada...hehhehe orang dulu-dulu memamng cukup unik kiranya.

Suatu ketika pula, nama-nama seperti Anugerah Perdana, Ferri Anugerah Makmur, Chenta, Kasih Abadi dan lain-lain. Saya tidak pasti apakah motif nama sepeti itu diberikan.

Zaman kini, nama bukan hanya sedap didengar, bermaksud baik tetapi juga cukup panjang. Lebih panjang namanya dan lebih susah namanya disebut maka dia dikategorikan lebih glemer..haha betoi ka? Pada saya, ianya menjadi lebih sukar, terutama bila anak tersebut akhirnya menghadapi masalah unuk mengisi borang sehingga tak cukup ruang. Tidakkan anda terbayangkan itu semua.

Anak-anak saya punya nama yang agak ringkas dah mudah diingati

Amierul Danish membawa maksud Ketua yang pintar. Amir adalah ketua manakala Danish bermaksud bijaksana atau pintar.

Sarah Nuha pula membawa maksud puteri yang cerdik (Sarah ada sempena nama Puteri Sarah anak seorang nabi dan Nuha bermaksud cerdik pandai)

Ahmad Darwish pula bermaksud (warak)

apa pula nama anak-anak anda.

Comments

indah.com said…
artikel yg baik.tulis artikel gini gi baik drpd sembg kosong

Popular posts from this blog

Akhirnya..jadi juga kailan goreng ala chinese ni...

Pediasure susu pilihan

My Baby Boy is Sick