USANA, 4LIFE TF, INTRA, HERBA LIFE etc

Assalammualaikum,

Alhamdulillah, berkat kesabaran dan kesungguhan serta keyakinan yang ada dalam diri ni, kedai ini nampaknya mendapat sambutan juga. Terima kasih banyak banyak kepada semua yang sudi menjenguk di sini.

Hari ni sebagai mukadimahnya saya ingin berkongsi sedikit maklumat berkenaan produk kesihatan di atas. Almaklum dah masuk usia 35 ke atas ni, kena mula lah mengambil suppliment kan. Di pasaran beratus-ratus produk kesihatan di jual. Pilih saja mana yang berkenan. Dalam dok memilih produk-produk tu, sedar tak sedar kita dah cuba macam-macam jenis sampai kita sendiri pun tak tahu mana satu yang berkesan. Alhamdulillah saya di sini pernah mencuba beberapa produk yang popular di pasaran.

Pernah tak anda mendengar produk 4Life Transfor Factor. Produk ni tidak dijual berleluasa, produk terkontrol ni susah nak beli, hanya melalui agen sahaja. Saya pernah mencubanya ketika menghidapi batuk kronik berpanjangan. Algamdulillah lega selepas sebulan mengambilnya. Sebelum tu dah macam -macam ubat amik kat klinik, semula tak jalan. Untuk keterangan lanjut berkenaan produk ni kalian boleh google lah di internet. Konsepnya ialah mengingkat sistem imun badan kita yang semakin lemah, jadi yang melawan penyakit bukan ubat tetapi sistem imun badan. Ia menggerakkan intelligent sel untuk bertindak meningkatkan sistem imun badan. Bila sismtem imun dah tinggi maka penyakit pun akan baik. Hmmm macam tu lah konsepnya. Ianya sangat sesuai kepada sesapa yang ada alahan, sangat sangat sesuai...

INTRA ni pula ibu mertuaku yang minum, sama juga konsepnya, menurut beliau hasilnya juga baik. Dia kata dia semakin bertenaga every morning. kalau kita baca broshurenya pun samalah konsep dengan sistem petahanan badan tadi. Terutamanya contentnya ialah manggis yang baik untuk sistem pertahanan badan. Kalau ginilah kita pakat tanam pokok manggis banyak-banyak..hehehe fresh punya.. then buat jus sendiri minum..
Herba Life yang terkenal dengan produk penurunan berat badan. Memang akan turun pun jika kita mengikut arahan yang diberikan. Produk nya sebenarnya menggantikan nutrien yang sepatutnya kita makan tapi kita tak makan, Jadi herbalife ni ada nutrient yang sepatutnya badan kita dapat. Protein memang penting untuk tubuh badan. Kesannya kulit akan lebih licin dan bersih.

USANA, ini di cadangkan oleh Dr.pakar puan saya. Dia sendiri mengambil produk ini sebagai suppliment. Menurut beliau sehingga kini ianya adalah yang terbalik dari yang pernah ada di pasaran. Mungkin boleh la cuba. Harganya tak payah cakap lah memang mahal, 1 botol untuk sebulan lebih kurang RM250, sama macam 4life....kot-kot la masa depan nak cuba kan...yg ni pun kena melalui agen..memang tak penah jumpa pun di pasaran....

Jadi, apa pilihan anda....?
Harus juga dinyatakan bahawa artikel ini tidak ditaja oleh mana-mana pihak ya...

Comments

LanaBusyBee said…
herbalife memang besh! atun makan dulu kulit gebu dan licin saja...tapi sekarang sudah malazz hehehe
emma marini said…
yer benar, saya pun begitu, sebab kandungan protein tu menggantikan nutrien yang sepatutnya kita ambil dari makanan biasa, kulit gebu sehingga gynae pun tanya pi facial kat mana...heheheheh
usanaziela said…
USANA mmg the best skali. antara sebab2nye, pakar nutrition seluruh dunia mengkaji yg usana mendpt 96.1% markah kandungan zat, vitamin n mineral yg terdapat dlm usana manakala herbalife mendpt 30% shj klu silap sy. lg 1, USANA juge terdpt dlm buku PDR dan MIMS iaitu USANA terdapt dlm buku rujukan para doktor kerana USANA mampu sembuhkn penyakit. sebab itu la doktor kate USANA terbaik sekali....
hubungi sy klu nk tahu lebih lanjut... :-) usanaziela@gmail.com

Popular posts from this blog

Akhirnya..jadi juga kailan goreng ala chinese ni...

Pediasure susu pilihan

My Baby Boy is Sick